28 January 2010

Uniform Sekolah



Setiap kali berselisih dengan pelajar di sekolah, yang paling saya perhatikan ialah uniform dan kekemasan mereka. Sebahagian dari mereka amat baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan dan segelintir lagi ialah mereka yang tidak mengendah peraturan dan uniform yang dipakai berserebeh dan tidak kemas.

Mereka ini telah diberi nasihat supaya berpakaian kemas (lelaki ;baju: sesuai dengan tubuh , tidak disempit dan diubahsuai, seluar:tidak diubahsuai menjadi sempit dan ketat, kasut:bewarna putih, stoking:putih) dan diberi amaran agar mematuhi peraturan berpakaian pelajar sekolah.






Hasil pemerhatian didapati pelajar yang dahulunya berpakaian kemas semasa ditingkatan menengah rendah mulai mengikut 'jejak-langkah' pelajar senior apabila mulai menampilkan imej serebeh iaitu baju tidak dimasukkan ke dalam seluar, kolar baju tidak dibetulkan, seluar disempitkan dan sebagainya.

Perkara ini nampak remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menyakitkan mata yang memandang dan menyerabutkan fikiran kita. Fikirlah sendiri.

27 January 2010

Pelajar Kita Semakin Malas

Saya merasa sangat hairan apabila perkara-perkara yang mudah pun pelajar kita sekarang sangat payah untuk faham. Kadang-kadang kita berulang kali menerangkan sesuatu topik dengan pelbagai cara dan gaya untuk mereka faham tapi masih mereka tidak faham. Sekiranya kita memberi soalan yang susah sedikit, mereka tak dapat menjawab dan kita beri kepada mereka klu supaya senang mereka mencari bahan, tapi masih lagi tidak dapat cari jawapan. Bagaimanakah cara untuk kita mengatasi masalah ini. Adakah cara mengajar kita tidak betul?Atau teknik mengajar kita perlu pelbagaikan atau pelajar kita sudah terlalu malas berfikir perkara susah?

Hujan Lebat

Semalam (26.1.2010) hujan tiba-tiba turun lebat. Tanda-tanda hendak hujan sudah ada dua tiga hari yang lalu. Baru hari ini mula hujan turun dengan hebat pada waktu tengahari. Seingat saya, sudah hampir sebulan hujan tiada hujan apa lagi hujan lebat. Angin Monsun Timur Laut akan terus bertiup membawa bersamanya angin dan hujan. Alhamdulillah syukur kepadaNya. Dan segala-galanya kita berserah kepada Allah s.w.t.

Hujan Lebat

Sekolah Kita

SMK Sering, sekolah tempat kita bersama-sama mencari dan menimba ilmu ini adalah tempat yang mengajar kita cara-cara kita bermasyarakat dan saling menyumbang sesuatu yang bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...