11 March 2010

Keputusan SPM 2009


Seawal pukul 9 pagi lagi sudah ada pelajar yang datang ke sekolah untuk menyemak keputusan. Meriah sungguh kerana ramai pelajar yang datang dengan imej serta fesyen yang ranggi. Tak sesuai langsung dengan majlis yang dihadiri. Tapi itu bukan persoalan utama di sini.

Keputusan SPM 2009 amat mengejutkan, mengujakan, meriangkan dan seribu satu perasaan yang menerjah tunas rasa sesiapa saja, lebih-lebih lagi Puan Pengetua, Pn Hjh Kamaliah bt Mohd Noor. Beliaulah orang paling gembira di mana senyuman sentiasa terukir di bibirnya.

Kejutan yang dibuat oleh SPM 2009 menyebabkan guru-guru dibuai oleh bayangan keindahan yang hebat yang mana beberapa subjek seperti BM telah melonjak dari 86.36% (2008) ke 94.48%! Ini dapat dibuktikan dari teriakan Cikgu Raja Rosidah dan Cikgu Maznah kegirangan sebagaimana gambar di bawah ini.

Para guru memang teruja dan amat medambakan kejayaan cemerlang pelajarnya dan kejayaan ini telah berjaya meresap ke segenap urat saraf guru-gurunya. Kejayaan adalah suatu yang sangat ajaib dan indah. Walaupun kejayaan SMK Sering ini bukanlah kejayaan seperti sekolah SMIP, atau sekolah terkawal yang lain, atau SBP atau MARA, ianya adalah sangat bermakna kepada warga SMK Sering yang telah bertungkus lumus demi kejayaan yang tidak sepertinya ini. Tahniah kepada warga SMK Sering. Tahniah!



Gambar kiri, PKP sedang menerangkan sesuatu kepada guru-guru mengenai maklumat awal keputusan SPM 2009. Masa ni lebih kurang pukul 10.40 pagi.





























Sabar menunggu keputusan!

















Apa agaknya yang diperkatakan oleh mereka. agaknya.

























Sufida, Hazwani, Hasnida bersama bekas guru kelas mereka, Cikgu Wan Iliza ceria bersama menyemak keputusan SPM.












Kesian. Kaunter Cikgu Khairuddin lengang. Pelajar tak tau hari ini result kut!












Geng 'The Gerapok Geraceng' sedang mengerumun Cikgu Pandi untuk melihat keputusan masing-masing.








Akhirnya...Kejayaan Milikku Jua!Agaknya itulah yang difikirkan oleh Pelajar Cemerlang SPM 2009, Rabiatul Adawiah bt Mohd Safi - 7A











Dari kiri Syazwani - 6A, Adawiah - 7A, Sharlily - 6A, Shakirah - 6A, Nurul Nadia - 4A, Farah, dan di belakang, Mohd Hafhipie












Tahniah Lily. Perasan tak, slip tu macam kena air je...Itulah air mata gembira Sharlily Shahirah.












Siti Hasmah (kanan) dapat 4A, Piya tak tau la pulak!














Anda berusaha, InsyaAllah anda akan berjaya.
Kepada yang gagal, usaha lagi. Anyway, tahniah kepada anda semua.

07 March 2010

Motosikal dan Pelajar

Masa begitu deras berlalu. Usia kita semakin meningkat dan kudrat semakin berkurang. Itu lumrah hidup di atas dunia. Kita terus berlumba mengejar impian hidup samada sebagai pelajar atau pekerja dan sebagainya.

Perlumbaan untuk menjadi pelajar sekolah yang berjaya menuntut kesungguhan kita berkorban. Berkorban masa, wang ringgit dan tenaga adalah perkara asas untuk membolehkan kita berjaya. Pelbagai cara pelajar mengejar masa untuk berjaya seperti datang awal ke sekolah. Ada yang berjalan kaki, berbasikal, menunggang motosikal, menaiki kereta dan sebagainya. Tapi jumlah pelajar yang berjalan kaki dan berbasikal semakin berkurang dan ada yang malu untuk memilih cara ini untuk ke sekolah. Dan mula lah mereka ini berusaha memujuk ibu bapa meminta dibelikan motosikal.

Apa kelas untuk berjalan kaki dan mengayuh basikal dengan peluh memercik di dahi? Malulah dilihat kawan-kawan yang ada motosikal sendiri. Mereka bebas ke sana ke mari dengan motosikal 'one 2 pa'( one two five). Inilah trend pelajar masakini bermindakan keseronokan yang sementara. Percayalah, rata-rata pelajar hanya menjadikan motosikal sebagai tunggangan keseronokan dan bukannya tunggangan kejayaan. Mereka hanya tahu 'press' motosikal untuk menarik perhatian dan bukannya untuk menjana kejayaan dengan kemudahan pergi ke sekolah dengan cepat berbantukan kenderaan ini.

Aksi-aksi selepas waktu sekolah seperti membingitkan enjin, aksi willy dan berlumba tanpa tujuan adalah 'nilai tambah' penggunaan motosikal bagi pelajar sekolah. Mereka bukan tahu untuk membalas balik susah lelah ibu bapa membeli kenderaan itu dengan prestasi yang lebih baik dalam pelajaran. Ramai pelajar yang memiliki motosikal menunjukkan kemerosotan dalam pelajaran berbanding pelajar yang tidak memilikinya.Masa banyak terbuang kerana kerap keluar bersama-sama rakan mereka me'round' berbanding masa mengulangkaji pelajaran di rumah. Inilah kesan besar penggunaan motosikal terhadap pelajar sekolah.

Mereka juga lebih pandai membaiki motosikal sendiri. Kemahiran ini diperoleh bila bercampur dengan rakan seangkatan yang rajin meleraikan motosikal mereka. Jangan terkejut jika pelajar ini bertindak meleraikan motosikal baru atas alasan supaya lebih power.

Inilah kesan yang ketara bila memiliki sesuatu bukan untuknya dan sebelum tiba masanya. Begitulah perumpamaan pelajar sekolah dengan motosikal. Fikir-fikirlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...