Jika inilah sikap pelajar kita (bukan semua) yang sangat malas untuk mengulangkaji pelajaran di rumah dan hanya bertangan kosong ke sekolah dan balik sekolah pun begitu, maka tidak hairan jika hanya pelajar perempuan yang mendominasi IPT dan pelajar lelaki yang ada cuma dua tiga kerat sahaja di sana.
Pelajar mungkin beranggapan belajar hanya di sekolah sahaja. Bila di rumah, kita kena lupakan saja hal pelajaran dan buat apa susah nak menghafal kerana jika tidak hafal pun habis tinggi cikgu akan marah sekejap dan denda yang ringan sahaja. Lepas tu semuanya kembali seperti sediakala. Kalau tidak siap kerja boleh tiru dengan kawan. Kalau cikgu tanya soalan, buat-buat tidak tahu. Cikgu akan tanya orang lain pula dan dia pun terlepas! Dan perkara sama akan berlaku setiap hari sehingga orang tidak ambil kisah lagi perkara bertangan kosong ketika ke sekolah. Dalam perhimpunan atau dalam kelas pun cikgu tidak sebut. Sebab bila cikgu minta dibuka buku teks, buku teks ada. Tapi jika disoal perkara yang ada dalam buku teks, pelajar tidak dapat menjawab. Sebabnya buku teks tidak dibawa balik ke rumah.
Inilah masalah besar sekarang kerana nilai buku teks sudah tidak ada nilai. Kalau dulu saya cukup bimbang jika buku hilang. Keluarga saya bukan orang senang, perkara buku teks hilang amat membimbang dan mencemaskan bila tiba masa menghantar buku teks pada akhir tahun. Sebab kena bayar harga buku tersebut. Sekarang, kalau hilang cikgu tidak beri apa-apa amaran atau diamkan sahaja. Senario sekarang dan dulu amat kontras. Nilai jujur pun sudah banyak yang terhakis.
Saya kadang bertanya pada diri sendiri, masih adakah nilai buku teks di mata pelajar pada hari ini?
No comments:
Post a Comment