
Kalau ditanya pada saya mengenai keputusan SPM 2010 yang diumumkan 23 Mac 2011, saya ada beberapa pandangan. Secara kasarnya keputusan tahun 2010 menunjukkan penurunan yang ketara dari segi peratus keseluruhan iaitu berkurang 4% kepada 90%. Tapi dari segi kualiti amat memberangsangkan dengan meningkatnya peratus pelajar mendapat A dalam semua subjek.
Penurunan peratus keseluruhan bukan disebabkan pelajar tidak dapat menjawab atau gagalnya guru dalam

mengajar atau menyampaikan ilmu secara berkualiti kepada pelajar, tapi disebabkan oleh sebilangan besar pelajar gagal hadir ke sekolah untuk menuntut ilmu setiap hari dari guru-guru yang sememangnya mempunyai kemahiran dan kebolehan tinggi mengajar mereka. Guru-guru sentiasa bersedia mencurahkan ilmu dan mengorbankan tenaga dan masa melentur anak didik mereka menjadi pandai dan ceka

p dalam peperiksaan, namun sikap pelajar sendiri yang menjerumuskan mereka ke lembah kegagalan yang mengakibatkan masa depan mereka gelap dan suram. Lebih buruk, sekolah mendapat imej yang kurang baik lantaran ini. Tapi bukan k

esan buruk itu yang berada di petak fikiran pelajar, tapi sesuatu yang sukar dimengertikan oleh kita para guru.
Walau apa pun ulasan yang kita beri kesan keputusan SPM 2010 ini, ianya sed

ikit sebanyak melebarkan bibir sesetengah puak-puak kita kerana adanya pelajar kita yang pencapaian mereka seumpama hembusan angin sejuk nyaman tatkala panas terik menika

m kulit di tengahari. Segelintir merekalah yang menjadi angin sejuk itu. Senyum dan gelak tawa juga air mata kegembiraan mereka telah mendinginkan perasaan kecewa yang digalas oleh guru-guru yang subjek menunjukkan penurunan. Semua itu hilang dan terbang bila melihat pelajar kita seronok dan gembira di hari bersej

arah kepada mereka ini.
Gambar-gambar sekitar hari keputusan SPM 2011 ini mungkin berupaya menceritakan tentang kegusaran guru-guru, gelagat para pelajar. Tahniah kepada yang cemerlang dan kepada yang sedih, jangan terus-terusan begitu, bersyukur dan menerima takdir lebih baik dari meratapinya.

No comments:
Post a Comment