
Setiap kali berselisih dengan pelajar di sekolah, yang paling saya perhatikan ialah uniform dan kekemasan mereka. Sebahagian dari mereka amat baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan dan segelintir lagi ialah mereka yang tidak mengendah peraturan dan uniform yang dipakai berserebeh dan tidak kemas.
Mereka ini telah diberi nasihat supaya berpakaian kemas (lelaki ;baju: sesuai dengan tubuh , tidak disempit dan diubahsuai, seluar:tidak diubahsuai menjadi sempit dan ketat, kasut:bewarna putih, stoking:putih) dan diberi amaran agar mematuhi peraturan berpakaian pelajar sekolah.


Hasil pemerhatian didapati pelajar yang dahulunya berpakaian kemas semasa ditingkatan menengah rendah mulai mengikut 'jejak-langkah' pelajar senior apabila mulai menampilkan imej serebeh iaitu baju tidak dimasukkan ke dalam seluar, kolar baju tidak dibetulkan, seluar disempitkan dan sebagainya.
Perkara ini nampak remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menyakitkan mata yang memandang dan menyerabutkan fikiran kita. Fikirlah sendiri.
Perkara ini nampak remeh tetapi jika dibiarkan ia akan menyakitkan mata yang memandang dan menyerabutkan fikiran kita. Fikirlah sendiri.
2 comments:
tak tau apa nak kata dengan atitud budak2 sekarang ni.Malas berfikir, malas belajar dan malas segalanya dah masuk tahap gaban!
herO xgadoh.......
Post a Comment