Bila menyemak samada kerja rumah atau latihan, didapati bahawa ramai pelajar yang meniru dalam menyiapkan kerja mereka. Yang paling membuatkan kita panas hati apabila pelajar yang akan memduduki peperiksaan terutama Tingkatan 5, lebih-lebih lagi kelas 'paling pandai' iaitu 5 Sains 1 dan 5 Sains 2 pun giat melakukan aktiviti meniru ini.
Fenomena meniru ini semakin subur apabila sifat malas menguasai diri kerana masa yang sepatutnya diguna untuk membuat latihan dan membaca tidak dimanfaatkan sebaliknya habis diguna untuk ber-sms, ber'facebook' dan lepak-lepak saja. Ramai pelajar lebih suka merewang pada masa rehat(selepas ke kantin). Tempat yang biasa dilawati oleh pelajar malas ialah bilik guru. Mungkin mereka ada tugas yang diarahkan oleh guru mereka tetapi yang hairannya bila jumlah yang masuk 2 hingga 4 orang. Bilik guru sebenarnya adalah kawasan larangan bagi pelajar kecuali ada urusan yang penting yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang jumlah pelajar adalah ramai dan mengerumuni seseorang guru. Zaman saya bersekolah dulu, bilik guru adalah suatu tempat yang tidak sekali-kali kita pergi. Melihat guru sibuk, berbual sesama mereka membuatkan kita akan menjauhkan diri dengan sendirinya. Hari ini pelajar tidak ada kerja pergi ke bilik guru.
Tempat yang sepatut mereka pergi ialah perpustakaan atau tempat yang sesuai untuk membaca buku, atau berbual sesama rakan samada di pondok dan sebagainya. Jangan membuang masa begitu saja. Aktiviti rewang sekarang tidak terhad kepada pelajar lelaki tetapi telah menular dan menjadi kegemaran pelajar perempuan. Samada disedari atau tidak, itulah perkara yang berlaku.
Peperiksaan PMR dan SPM semakin mendekat dan tetap akan datang walaupun sesetengah pelajar membenci akan kedua-duanya. Tetapi percayalah, yang dibenci itulah akan membahagiakan kita seandai kita menghargai kehadirannya dalam hidup kita. Sekiranya kita bersedia menerima kehadirannya dengan persediaan yang cukup, lengkap dengan buah kilas dan pemati langkah, kita tidak akan kecewa. Percayalah. Berusahalah bersungguh-sungguh wahai anak muridku. Setiap kesusahan akan ada kesenangan. Kesenangan tidak datang bergolek tanpa pengorbanan yang ikhlas dan redha dengan ketentuanNya...
No comments:
Post a Comment